CPR - UNTUK KANAK-KANAK (1 HINGGA 8 TAHUN)
standard CPR
Anda boleh menjalankan CPR ke atas
kanak-kanak kecil sama seperti kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar
kecuali dalam 4 perkara berikut :
- Jika penyelamat itu tiada pembantu, berikan CPR
selama 1 minit sebelum membuat panggilan sistem rawatan kecemasan.
- Gunakan pangkal sebelah tapak tangan sahaja untuk
memberikan tekanan kepada dada
- Tekan sternum sedalam 1 hingga 1 1/2 inci
- Berikan 100 tekanan seminit dan 1 pernafasan bantuan
bagi setiap 5 tekanan
A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)
- Penilaian: tentukan mangsa tiada tindak balas.
Gerakkan bahunya perlahan-lahan sambil memanggil, "Apa hal ini?"
- Panggil "tolong"
- Telentangkan mangsa dengan berhati-hati, ampu kepala
dan tengkoknya jika dikhuatiri ada kecederaan.
- buka saluran pernafasan; guna teknik
dongak-kepala-angkat-dagu.
B. PERNAFASAN (BREATHING)
- Penilaian: Tentukan mangsa tidak bernafas.
Letakkan telinga anda ke atas mulutnya, perhatikan dadanya; lihat dengar dan rasa udara
pernafasan sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka .
- Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada
tanda-tanda trauma, baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.
- Jika mangsa tiada bernafas, berikan 2 pernafasan
bantuan, gunakan pernafasan bantuan mulut kemulut ( 1 - 1 1/2 saat setiap pernafasan)
Perhatikan pergerakkan dada.
C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)
- Penilaian : Tentukan ketiadaan nadi.
Gunakan 2 atau 3 jari untuk merasa nadi karotik sambil mendongakkan kepala dengan tangan
sebelah lagi tetap memegang diatas dahi mangsa (untuk mengekalkan saluran pernafasan
sentiasa terbuka.
- Jika tiada rasa nadi, mulakan TEKANAN DADA , letakkan
tangan ditempat sama seperti orang dewasa. Tekan sternum lebik kurang 1 - 1 1/2
inci. Gunakan bahagian pangkal sebelah tapak tangan sahaja. Tekan dada 100
kali seminit dan berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan.
- Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.
- Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat
panggilan 999 ( Telefon cepat!)
- Periksa nadi
- Jika tiada nadi, beri 1 pernafasan bantuan dan
teruskan tekanan dada dan pernafasan bantuan
- Periksa nadi setiap beberapa minit
- Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan.
Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan
seminit) dan sentiasa awasi nadi. Jika mangsa bernafas, baringkannya dalam posisi
pemulihan dan pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.
|