TERCEKIK (GAMBAR)Banyak kematian disebabkan benda yang tersekat saluran pernafasan (tercekik) dilaporkan setiap tahun. Anda akan mempelajari cara membantu mangsa tersebut. SEBAB-SEBABNYA Tercekik biasanya berlaku semasa makan. Bagi orang-orang dewasa, daging adalah punca utama tercekik. Walau bagaimanapun terdapat bahan makanan lain dan benda asing yang boleh menyebabkan tercekik di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. FAKTOR-FAKTOR RISIKO
PENCEGAHAN
CARA-CARA MENGENALPASTI KEADAAN TERCEKIK Kepantasan mengenalpasti tanda-tanda tercekik adalah kunci kejayaan rawatan. Oleh itu anda perlu membezakan diantara kecemasan ini dengan keadaan pengsan, strok, serangan jantung, terlebih makan ubat atau keadaan lain yang mungkin menyebabkan sesak nafas tetapi memerlukan rawatan berlainan. Kerosakan saluran pernafasan mungkin juga berpunca daripada infeksi yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak. Infeksi pada saluran pernafasan kanak-kanak boleh menyebabkan saluran pernafasannya sempit dan ini memerlukan rawatan perubatan secepat mungkin. Langkah-langkah melegakan saluran pernafasan tersekat tidak sesuai dilakukan di dalam keadaan ini, oleh itu janganlah anda membuang masa melakukannya. Benda asing boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat separa atau sepenuhnya. Apabila separa tersekat, keupayaan pertukaran udara mangsa mungkin masih baik atau menjadi buruk. Dengan pertukaran udara yang baik mangsa akan terus sedar dan mampu batuk dengan kuat walaupun kadangkala bayi berdehit di antara batuk yang didengari. Apabila saluran pernafasan tersekat sepenuhnya, mangsa tidak boleh bercakap, bernafas atau batuk. Sekatan saluran pernafasan yang berterusan memerlukan pertolongan profesional. Pastikan yang anda menghubungi sistem rawatan kecemasan sekiranya anda tidak dapat memulihkan sekatan tersebut.
|
© 2000 PERINTIS DUA
PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020