TEKNIK-TEKNIK CPR (Resusitasi kardiopulmonari) Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung. Jantung terhenti menyebabkan mengsa pengsan dalam masa beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera. Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Airway, Breathing and Circulation).
|
||||||
SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) |
||||||
Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paur-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandongi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba. *sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. * Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu
*Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan dada |
||||||
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dadda dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama
Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan |
||||||
PESANAN: CPR seperti juga kemahiran lain, perlu dipraktikkan selalu supaya anda ingat langkah-langkah penting. Dengan cara ini apabila berlaku sebarang kecemasan, anda dapat menolong menyelamatkan nyawa. Perbaharuilah kemahiran anda sekurang-kurangnya 2 tahun dengan cara menghubungi Jawatankuasa CPR dan mengambil kursus ulangkaji. Kursus ulangkaji tahunan yang lebih kerap adalah digalakkan. Ini akan mengambil sedikir masa sahaja untuk mengkaji semula langkah-langkah kecemasan dan anda akan merasa lebih yakin kerana masih mampu melakukan CPR. Kursus ulangkaji juga akan memberikan penerangan mengenai teknik CPR yang terbaru. ANDA DILARANG BERLATIH ATAU MENCUBA KEMAHIRAN INI KEATAS ORANG LAIN!. IA MERBAHAYA KEPADA ORANG YANG SEDAR DAN SIHAT, TETAPI ADALAH PENYELAMAT KEPADA MANGSA JANTUNG TERHENTI.
UNTUK MENDAPAT KEMAHIRAN YANG BERTERUSAN ANDA DIPERLAWA UNTUK MENYERTAI JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPA 3) ANDA JUGA AKAN DIAJAR DENGAN PELBAGAI MATA PELAJARAN LAIN SEPERTI BOMBA TAMBAHAN, PERTOLONGAN CEMAS, DAN LAIN-LAIN. SELAIN DARIPADA ANDA MENDAPAT PELAJARAN PERCUMA ANDA JUGA AKAN DIBERI ALAUN SERTA PAKAIAN SERAGAM UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PEJABAT PERTAHANAN AWAM YANG TERDEKAT DENGAN TEMPAT TINGGAL ANDA. BUKU ELEKTRONIK INI DIHASILKAN OLEH ADNAN BIN DAHALAN JURULATIH CPR JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA CAWANGAN SEGAMAT, JOHOR DAN PENGURUS PERINTIS DUA PULUH DUA PULUH (MA0022297U) |
© 2000 PERINTIS DUA
PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020