Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet
Search the Web

cpr.bmp (10294 bytes)


Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG

BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK

STROK : TANDA-TANDA AMARAN DAN FAKTOR-FAKTOR RISIKO.

Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba.  Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.   Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri.

Strok adalah antara sebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia.   Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-duanya sekali.  Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun.  Anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat dimulakan segera.   Tanda-tanda amaran strok termasuklah:-

  • Terasa lemah atau kebas dimuka, tangan dan kaki di sebelah badan.
  • Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya.
  • Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba.
  • Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja.
  • Tidak sedarkan diri.

Salah satu tanda perdarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa yang berlaku dengan tiba-tiba .

Tanda amaran ini mungkin sementara sahaja (Serangan Strok sementara atau TIA) tidak melebihi 24 jam atau hanya beberapa minit sahaja.  Apabila tanda-tanda ini berlaku, cepatlah berjumpa doktor kerana rawatan perubatan atau pembedahan awal boleh mencegah daripada berlakunya strok.  Jika gejala-gejala di atas agak teruk, telefonlah ambulan.  Walaupun tanda-tanda yang serupa boleg disebabkan oleh mabuk kerana arak, memakan ubat berlebihan, reaksi insulin ataupun penyakit lain, ia juga adalah tanda strok walaupun berlaku seketika sahaja.  Kejayaan rawatan ke atas mangsa bergantung kepada pengenalan tanda-tanda awal, kepantasan menggerakkan sidtem rawatan kecemasan dan juga kecepatan membawa mangsa ke hospital.  Asas-asas utama bantuan hidup asas adalah penting dalam penjagaan mangsa strok, terutamanya apabila mangsa kurang sedar.   Sekatan saluran pernafasan boleh berlaku.  Jika ini terjadi, saluran pernafasan mestilah dibuka segera dan bantuan pernafasan perlu diberikan.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO STROK

FAKTOR RISIKO YANG TIDAK BOLEH DIKAWAL:-

Umur: Kadar strok adalah dua kali ganda bagi setiap 10 tahun apabila seseorang itu melebihi umur 55 tahun.

Jantina :  Lelaki mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada perempuan.  Perempuan yang menggunakan pil perancang, dan merokok, mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada perempuan-perempuan lain.

Diabetes:  Penyakit strok yang berlaku dimasa lampau.

Keterunan

FAKTOR RISIKO YANG BOLEH DIKAWAL:

Darah tinggi:  Darah tinggi adalah risiko yang paling penting untuk strok kerana ia dihadapi oleh ramai penduduk di Malaysia.  Walau bagaimanapun, ia selalunya senang dikawal.  Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggilah risikonya.  Sebab utama kadar strok berkurangan ialah kerana adanya rawatan berkesan.

Penyakit Jantung:  Jantung yang berpanyakit merupakan satu pam yang lemah dan boleh menjadi sumber darah beku.   Beberapa faktor penyakit koronari (aras kolesterol yang tinggi, merokok) juga merupakan faktor-faktor risiko strok.

Merokok

Kiraan sel darah merah yang tinggi :   Ketinggian kandungan sel darah merah adalah satu faktor risiko untuk strok kerana ini menyebabkan darah menjadi pekat dan memudahkan pembentukan darah beku.

Serangan strok sementara (TIA):   Keadaan ini mempunyai ciri-ciri strok tetapi pulih dalam masa kurang dari 24 jam.   Serangan strok sementara adalah amat penting; ia menandakan kemungkinan berlakunya strok.  Ia selalunya dirawat dengan ubat yang menahan daripada berlakunya pembekuan darah.

GO BACK

2000 PERINTIS DUA PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020