cpr.bmp (10294 bytes)


Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG

BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK

PENGENALAN

"KEMATIAN MENGEJUT"  adalah satu keadaan yang mungkin dapat dipulihkan kembali hanya dengan menggunakan kedua tangan, paru-paru dan otak kita.  Ini boleh dikendalikan oleh sesiapa dan di mana sahaja.  Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) apabila dilaksanakan dengan sempurna dan cepat dapat menyelamatkan mangsa untuk rawatan selanjutnya dengan menggunakan teknik-teknik rawatan lanjutan.

 

Buku panduan ini adalah berdasarkan maklumat-maklumat terkini.  Ia akan membantu anda mengetahui bagaimana jantung dan sistem peredarqan darah berfungsi dan dapat membantu anda menghindari serangan jantung berdasarkan amalan sihat.  Anda akan mempelajari cara-cara mengenalpasti tanda-tanda amaran serangan jantung dan strok dan tindakan yang perlu diambil jika ia berlaku.  Anda juga akan mempelajari bagaimana hendak merawat kesesakan pernafasan dan keadaan tercekik.

GO BACK


© 2000 PERINTIS DUA PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020