cpr.bmp (10294 bytes)


Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG

BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK


KITAR MANDIRI

Apabila jantung terhenti CPR sahaja tidak memadai untuk menyelamatkan nyawa.  Walau bagaimanapun ia adalah penghubung penting yang mesti dimulakan untuk membantu mangsa sehingga rawatan pakar dapat diberi.   Kitar Mandiri merangkumi tindakan awal bagi perhubungan sistem rawatan kecemasan, CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan (ACLS)

Anda memainkan peranan yang penting di dalam rangkaian kitar mendiri ini kerana tanggungjawab membuat perhubungan kecemasan dan memberi CPR yang awal adalah di dalam tangan anda.  Defibrilasi dan rawatan lanjutan awal yang diberi oleh individu terlatih di dalam bidang kecemasan hanya boleh dibuat selepas menerima panggilan anda.  Rawatan kecemasan jantung yang berkesan bergantung kepada interaksi kukuh di antara kesemua rangkaian yang terlibat.  Jika satu daripada rangkaian ini lemah atau tiada, peluang mangsa untuk hidup berkurangan.

GO BACK


© 2000 PERINTIS DUA PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020