cpr.bmp (10294 bytes)


Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG

BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK

 

PENYAKIT KORONARI:

Penyakit koronari melibatkan ateri yang membekalkan darah ke otot jantung.  Ia biasanya berpunca daripada proses Aterosklerosis iaitu penimbunan beransor-ansor mendapan lemak terutamanya kolesterol menyempitkan ateri dan mengurangkan aliran darah didalamnya.  Proses ini boleh dibandingkan dengan penimbunan beransor-ansor di dalam paip yang menyebabkannya tersumbat.   Penyakit ini boleh melibatkan arteri di beberapa bahagian badan, termasuk jantung (menyebabkan serangan jantung) dan otak (menyebabkan strok).  Didalam proses Aterosklerosis, darah beku akan terbentuk apabila titisan darah mengalir melalui ateri yang sempit itu dan menyebabkan aliran darah berhenti dengan tiba-tiba.

Proses Aterosklerosis biasanya bermula dari umur yang muda.  Kesannya mungkin telah sedia ada sebelum umur 20 tahun.  Sebelum fungsi jantung terlibat seseorang itu tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.  Proses penyempitan itu mengambil masa yang lama.  Mengurangkan faktor risiko boleh menghentikan atau melambatkan proses aterosklerosis.  Penyakit koronori yang telah sampai ketahap di mana tanda-tanda mula dirasai boleh dibahagikan kepada 3 jenis:- sakit dada (angina pektoris), serangan jantung dan kematian mengejut kardiak

  • Sakit dada (angina pektoris) : Pesakit koronori sama ada yang pernah mengalami serangan jantung atau tidak, boleh mengalami sakit dada yang dapat dilegakan dengan mengambil pil Nitrogliserin (GTN) atau hanya dengan berehat.  Keadaan ini dipanggil angina pektoris (maksudnya sakit dada) dan ianya berlaku apabila arteri koronari yang sempit mengurangkan pengaliran darah dan oksigen yang cukup untuk memenohi keperluan otot jantung yang bekerja.  Sebaik sahaja desakan otot jantung itu berkurangan, sakit dada yang dialami akan hilang dan kerosakan di otot-otot jantung dapat dielakkan.
  • Serangan Jantung :  Serangan jantung berlaku apabila darah membeku dengan tiba-tiba.  Ia akan mengurangkan pengaliran darah di dalam sesuatu ateri yang telah rosak dan sempit dan menyebabkan kematian sel-sel otot jantung yang dibekali oleh ateri tersebut.  Serangan jantung juga dinamakan Infarksi Miokardium Akut yang bermakna "kematian otot jantung" kerana kekurangan darah.   Selain daripada ini koronari dan Trombosis Koronari adalah perkataan lain yang selalu digunakan untuk serangan jantung.
  • Kematian mengejut kardiak : Kematian mengejut kardiak adalah disebabkan jantung tidak lagi berfungsi.  Jantung terhenti mungkin adalah tanda pertama penyakit koronari dan boleh berlaku tanpa sebarang tanda serangan jantung.   Ia boleh berlaku sebagai komplikasi serangan jantung, biasanya dalam masa 1 - 2 jam selepas mulanya tanda-tanda serangan jantung.  Walau bagaimanapun kebanyakkan kes jantung terhenti berlaku tanpa sebarang kaitan dengan sesuatu serangan jantung.   Mangsa kematian seperti ini telah pun mengalami proses aterosklerosis.   Sebab-sebab lain kematian mengejut adalah seperti berikut:-
  1. Jantung terhenti
  2. Renjatan elektrik
  3. Lemas
  4. Termakan ubat
  5. Kesesakan
  6. Reaksi elergi
  7. Trauma dan
  8. Strok

Kini kurang daripada 20% yang mengalami kematian mengejut kardiak dapat diselamatkan.  Anda boleh memperbaiki keadaan ini.  Setelah mengenalpasti keadaan kecemasan,  anda perlu memulakan kitaran mandiri dengan menghubungi sistem rawatan kecemasan dan memulakan CPR.  Dengan ini, lebih banyak nyawa akan dapat diselamatkan.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO SERANGAN JANTUNG

Kemungkinan seseorang itu mendapat serangan jantung bergantung kepada beberapa faktor, ada yang boleh dikawal dan ada yang tidak boleh dikawal.   Kemungkinan mendapat serangan jantung bertambah dengan peningkatan jumlah faktor risiko tersebut.  Mengurangkan faktor-faktor ini sebaliknya dapat melambatkan perubahan-perubahan penyakit jantung dan mungkin memulihkannya kepada keadaan asal

Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung.  Walau bagaimanapun, tidak kurang pentingnya bagi kaum wanita mengawasi faktor-faktor risiko tersebut.  Kemungkinan seorang wanita mati selepas serangan jantung adalah lebih daripada lelaki dan penyakit jantung adalah sebab kematian yang utama di kalangan kaum wanita.

faktor risiko yang tidak boleh diubah:-

  • keturunan
  • Jantina
  • Umur

faktor risiko yang boleh diubah:-

  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Aras kolesterol darah yang tinggi
  • Kekurangan aktiviti fizikal

faktor-faktor lain yang mempengaruhi:-

  • Kencing manis (Aras glukosa darah bagi penyakit kencing manis mungkin dapat dikawal tetapi risiko mendapat penyakit jantung tidak dapat dihilangkan sepenuhnya.)
  • Berat badan berlebihan (obes)
  • Tekanan Jiwa.

MENGENAL PASTI  SERANGAN JANTUNG

Kelengahan akan membawa maut.  Apabila diserang jantung, setiap minit adalah penting.  Ketahuilah tanda-tandanya:-

Sakit dada adalah gejala yang paling kerap berlaku apabila diserangi penyakit serangan jantung.  Ciri-ciri sakit dada adalah seperti berikut:-

Sensasi

  • Perasaan kurang menyenangkan, terhimpit, sebak, rasa ketat ataupun 'sakit'

Lokasi

  • Tengah dada, belakang tulang dada, merebak kebahu, tengkok, bawah dagu atau tangan.

Jangka Masa

  • Lebih daripada beberapa minit.  Sekejap sakit, sekejap pulih.

Tanda-tanda lain serangan jantung ialah:-

  • Berpeluh
  • Loya
  • Sesak Nafas
  • Rasa lemah badan

Mangsa tidak semsetinya mengalami kesemua gejala-gejala di atas.   Rasa perit seperti ditikam yang datang seketika biasanya bukan tanda serangan jantung.

Ramai pesakit pula menafikan yang mereka diserangi penyakit jantung.  Reaksi yang biasa adalah seperti berikut.  "Ini sakit gastrik/salah makan agaknya".,  "Takkan aku sakit jantung", "saya sihat sahaja", "tak usah kacau doktor", "saya tak ada problem", "aku tak mahu risaukan suami/isteri aku.","biar aku cuba makan ubat dirumah dulu',  "malulah aku kalau bukan sakit jantung, nanti orang kata buat sibuk sahaja" Bila seseorang mula mencari alasan yang ia tidak menghidapi serangan jantung, inilah masanya kita mengambil tindakan yang positif.

Oleh kerana mangsa mungkin tidak membuat sesuatu yang wajar untuk dirinya, adalah penting orang berhampirannya menelefon mendapatkan pertolongan kecemasan dan bersiap sedia untuk memberikan CPR.  Jika anda bersama seseorang yang menunjukkan tanda-tanda serangan jantung lebih daripada beberapa minit, bertindaklah segera!

Langkah pertama selepas menelefon mendapatkan bantuan kecemasan ialah menenangkan mangsa dan menyuruhnya berehat.  Aktivitinya patut dikurangkan kerana sakit dada(angina pektoris) dan serangan jantung adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen kejantung.  Kurangkan aktiviti serta rasa takut ke tahap minimum.   Mangsa patut dibenarkan menentukan posisi yang paling selesa supaya mudah bernafas.

GO BACK

© 2000 PERINTIS DUA PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020