cpr.bmp (10294 bytes)


Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG

BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK



JANTUNG DAN SISTEM PEREDARAN DARAH

Jantung merupakan sejenis otot dan saiznya lebih kurang gengaman tangan dan terletak ditengah-tengah dada di antara sternum dan tulang belakang (spina).  Ateri koronari adalah ateri khas yang membawa darah keotot jantung itu sendiri

heart.jpg (81109 bytes)

 

Fungsi Jantung adalah mengepam darah keparu-paru dimana darah itu memperolehi ioksigen dan seterusnya dialirkan ke seluruh badan.  Jantung orang dewasa mengepam lebih kurang 5 liter darah seminit

heart2.gif (34078 bytes)

Oksigen diperlukan oleh sel-sel badan untuk berfungsi.  Apabila jantung terhenti, oksigen tidak lagi beredar dan oksigen oksigen yang tersimpan diotak dan organ-organ penting akan cepat kehabisan.  Denyutan jantung yang diterbitkan oleh impuls elektrik semulajadi, dihantar melalui jantung di antara 60 - 100 kali seminit di dalam badan seseorang dewasa yang sihat.  Apabila senaman dijalankan jantung biasanya mengepam darah sehingga 25 liter seminit.

Paru-paru mengandungi pundi-pundi udara (alveoli) yang dikelilingi oleh saluran-saluran darah halus (rerambut).  Impuls saraf daripada otak, ke otot dada dan ke diafragma membolehkan seseorang itu bernafas.  Dengan setiap pernafasan, udara dibawa daripada saluran pernafasan (hidung, mulut, farinks, larinks, trakea dan bronki) ke pundi-pundi udara di dalam paru-paru.

Udara mengandungi lebih kurang 21% oksigen pada paras laut.  Apabila pundi-pundi udara diparu-paru berisi udara, darah dikelilingnya mengambil oksigen daripada udara di paru-paru dan membawanya balik ke jantung, dan seterusnya mengepamnya keseluruh badan.  Apabila oksigen diambil daripada darah oleh sel-sel tubuh, karban dioksida di keluarkan sebagai bahan kumuh.  Ini dikembalikan oleh darah ke pundi-pundi udara di paru-paru dan dikeluarkan daripada badan semasa bernafas.

Apabila udara disedut, hanya 1/4 oksigen daripadanya diserap oleh darah,   yang lainnya dihembus keluar.  Inilah sebab mengapa pernafasan mulut kemulut memberi mangsa cukup oksigen.  Apabila pernafasan terhenti, jantung akan terus mengepam darah untuk beberapa minit bagi mengekalkan bekalan oksigen ke otak dan seluruh badan.  Usaha menyelamat yang awal dan segera untuk mangsa pernafasan terhenti atau tercekik (benda tersekat didalam tekak) akan mencegah jantung daripada berhenti (jantung terhenti).

GO BACK

© 2000 PERINTIS DUA PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020