cpr.bmp (10294 bytes)


Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG

BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK

 

CPR - SALURAN PERNAFASAN TERSEKAT : ORANG DEWASA YANG TIDAK SEDAR

Dapatkan bantuan sistem rawatan kecemasan

BUAT PANGGILAN 999/991.

Step 2
Periksa untuk melihat benda asing yang tersekat.

Cuba cungkil untuk mengeluarkan benda asing dari dalam mulut. 

Step 3
Cuba beri pernafasan bantuan

Buka saluran pernafasan. Cuba berikan 2 pernafasan bantuan.   Sekiranya perlu, betulkan posisi kepala dan cuba lagi

Step 4
Jika saluran pernafasan tersekat, lakukan 'Heimlich manuever'

Berlutut di peha mangsa.  Letakkan pangkal telapak tangan di tengah-tengah abdomen, atas sedikit dari pusat dan di bawah penghujung cuaran xifoid.

Letak tangan sebelah lagi di atas tangan ini.  Tekan abdomen mangsa dengan tekanan arah ke atas dengan cepat.

Step 5
Ulangi langkah 2
Step 6
Ulangi langkah 3
Step 7
Ulangi langkah 4

Lakukan langkah-langkah di atas dengan urutan segera

1. Masukkan jari dalam mulut (cungkil)
2. Pernafasan bantuan
3. Tekanan abdomen

Lakukan langkah-langkah diatas sehingga pesakit sedar atau sehingga bantuan perubatan diterima

RETURN TO MAIN MENU

© 2000 PERINTIS DUA PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020