AMALAN HIDUP SIHATAmalan hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung di masa hadapan. Ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dan bahan-bahan lemak lain di dalam darah mereka. Ramai juga yang menghidapi darah tinggi. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. Ini membahayakan jantung sepanjang hayat mereka. Sesetengah kanak-kanak memulakan hidup mereka dengan memakan makanan berlebihan, menggemari makanan-makanan yang mengandungi kolestrol dan kaloro tinggi serta tidak melakukan senaman yang mencukupi (contohnya kerap menonton televisyen). Tabiat menghisap rokok selalunya bermula sejak belasan tahun. Lebih-lebih lagi jika ibubapa mereka juga menghisap rokok. Mengurangkan faktor-faktor risiko dengan mengamalkan hidup sihat dapat mengelakkan daripada berlakunya serangan jantung dan strok. Setidak-tidaknya ia memberikan kesihatan yang baik, kecerdasan fizikal dan manfaat kepada setiap ahlikeluarga. Kanak-kanak akan merasai faedah maksimum dengan mempelajari tabiat amalan hidup sihat di peringkat awal hidup mereka Berikut adalah lima cara hidup sihat yang boleh diamalkan dan dikekalkan:-
Perubahan diet tidak boleh dilakukan dengan tiba-tiba. Adalah merbahaya kepada badan jika nutrien penting tidak diambil. "Diet yang melampau" boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Walau bagaimanapun, perubahan diet yang beransur-ansur, senaman yang konsisten dan perhatian yang diberikan terhadap pengambilan kolesterol dan lemak tepu dapat memastikan aras kolesterol berada dalam julat normal. SELALU BERSENAM Ada bukti menunjukkan kekurangan senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, membantu ,mengelakkan daripada gemuk dan melahirkan perasaan sejahtera. Kadar kematian mangsa serangan jantung adalah lebih tinggi jika mangsa kurang bersenam. Jangan memulakan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan jantung. Mintalah nasihat doktor sebelum memulakan program senaman. Beliau mungkin menasihatkan anda supaya menjalani ujian senaman untuk menilai terlebih dahulu keupayaan fizikal anda. Apabila mengambil bahagian di dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika anda patut berjalan kaki. Jika doktor anda tidak melarang, ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari.
MENGAWAL BERAT BADAN ; KETAHUILAH KALORI MAKANAN ANDA. Orang dewasa mencapai tahap berat badan normal pada lingkungan umur dua puluh hingga dua puluh lima tahun. Pada setiap tahun selepas itu keperluan kalori untuk menjaga berat badan berkurangan. Tetapi mereka yang berumur tiga puluh hingga empat puluhan biasanya masih memakan sebanyak mana yang mereka makan semasa berumur dua puluhan. Tambahan pula dengan kekurangan aktiviti-aktiviti fizikal, kalori berlebihan itu akan menjadi lemak. Jangan hidup orang yang gemuk biasanya lebih pendek daripada orang berat badannya normal. Orang dewasa yang trlampau gemuk akan mengalami risiko serangan jantung 3 kali ganda lebih daripada orang sebaya yang berat badannya normal. Badan yang gemuk juga menambahkan risiko darah tinggi dan diabetes. TIDAK ADA JALAN CEPAT DAN MUDAH UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN. Anda dinasihatkan jangan terlalu banyak pantang kerana ini akan mengurangkan nutrien penting yang anda perlukan. Walaupun pantang boleh mengurangkan berat badan. Ia tidak akan mewujudkan tabiat makan yang akan mengawal berat badan anda. Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, maintlah nasaihat doktor terlebeh dahulu. Penyakit jantung (penyakit koronari) tetap menjadi pembunuh utama di Malaysia. Banyak lagi boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa orang-orang tersebut. Penurunan kadar kematian disebabkan penyakit koronari dalam tahun-tahun lalu adalah nyata. Beberapa faktor boleh dikaitkan dengan kekurangan ini seperti adanya ubat yang lebih efektif dan kurangnya risiko berpunca daripada amalan hidup sihat. Mengawal faktor risiko akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan memulakan amalan hidup sihat sejak kecil lagi akan menghasilkan kesan yang maksimum. |
© 2000 PERINTIS DUA
PULUH DUA PULUH (MA0022297U)
No part of the content on this e-book may be copied and/or used
without an explicit permission from PERINTIS 2020.
Produced by perintis2020